Assalamualaikum..
Lama sudah tak menulis, mengarang kat blog ni. Sampai tak tau mana satu nak mula mengarang cerita nieh. Oke untuk kali ni nak story pasal 'freelance makeup' la. this is my part time job. Ambil time weekend je la sebab hari lain bekerja, so tak boleh la nak campur adukkan. Minat yang mendalam tentang kecantikan yang boleh bermula menapak dalam dunia ni. Bukan dunia glamor oke. ^_^ even di panggil dalam dunia seni juga kan. Seni lukisan je.. hehee
Bermula 2010 membuat 'freelance makeup' untuk pengantin. tak kira la makeup tunang, nikah, persandingan, majlis-majlis formal dan sebagainya. Masa buat 'freelance makeup ni still study, so tak boleh nak ambil terlalu banyak booking. Lagipun permulaan memang tak banyak dapat job. Alhamdulillah, bila hasil kerja ikhlas dari hati dan mendapat pujian, penyebaran dari mulut ke mulut mula mendapat sambutan. Pendek kata 'bukan senang nak senang, bukan susah juga kalau nak susah'. Yang penting kesabaran yang tinggi diperlukan.
Sekarang pun bukan la terlalu hebat apa yg nak diceritakan, cukup lah sekadar minat dan seronok bila kita nak solekan seorang pengantin yang menjadi raja sehari dan dapat melihat keceriaan wajah si pengantin. dapat berkenalan dengan ramai orang dan mengeratkan lagi silaturahaim sesama islam. Alhamdulillah, walaupun dapat mengajar kontrak di KKSP, tetapi dapat berkongsi ilmu dan dapat juga belajar penambahan ilmu baru dalam bidang kecantikan. Belajar dalam kecantikan, dapat pekerjaan pun dalam bidang yang sama. Syukur sebab rezeki tu sentiasa ada jika selalu berdoa denganNYA.
Yang seronoknya, bila kerja macam ni berpeluang ke tempat-tempat yang sebelum ni tak pernah sampai lagi even still dalam Malaysia la. hehee.. tapi buat masa sekarang ni job untuk solekan lebih dan tertumpu pada kawasan Kedah dan Penang. Disebabkan masa yang terhad, tempat yang jauh susah lagi nak sampai. Tapi sebelum kerja ni, alhamdulillah.. dah makeup sampai ke Sepang dah. yang paling seronok semua hasil kerja mendapat sambutan. Bukan saja di kalangan golongan muda, tapi golongan vateran pun suka dengan hasilnya. Terima kasih :)
Jom usha hasil kerja conteng2 di muka orang untuk 2013
Solekan pengantin bersanding atau bertandang. Boleh mengikut citarasa dan permintaan dari pelanggan.
Solekan untuk pertunangan atau ke majlis-majlis. Juga sesuai untuk solekan nikah.
Solekan untuk photoshoot outdoor.
Solekan majlis persandingan atau bertandang.
Solekan photoshoot studio. Juga sesuai untuk majlis formal.
Itu antara contoh solekan yang ditunjukkan. Untuk melihat lebih banyak hasil solekan boleh layari page di facebook.
Kat sana banyak lagi gambar solekan, tips kecantikan yang akan di kongsikan. Untuk bride to be yang nak mendapatkan nasihat atau pendapat boleh saja PM di page. In shaa Allah setiap pertanyaan akan dijawan dengan baik dan berharap agar setiap apa yang dikongsikan dapat membantu :)
Ini la rupa page tu :) Alhamdulillah, ramai yang support. terima kasih semua. Jangan lupa like oke. :) Nanti mungkin ada promosi makeup boleh la dapat peluang tu kalau selalu update dengan MIss Q :)This is my bagasi makeup laa.. hehee.. Semua boleh masukkan. Lengkap semua. tp kalau di angkat boleh naik muscle. hehee.. Senang kerja la semua dalam 1 beg. Beg ni la my life.. kalau hilang boleh jadi tak tentu arah ni. Hasilnya selama ni minat dengan solekan dikumpul sampai jadi macam ni la. pantang je nampak barang-barang tentang solekan yang elok and bagus, mesti nak beli. tak shopping baju sangat pun takpe, janji makeup penuh je ^_^ padahal tuan punya diri pun tak suka makeup sangat, maybe ini lah yang dikatakan kepuasan kannn.. Main dengan hobi ni semua orang sanggup korbankan tak kira masa mahupun wang ringgit :)
Ini pun part time job juga. Weekend kalau tak de makeup kena la jadi penceramah untuk solekan. Alhamdulillah, semua orang memberi kerjasama yang baik. :) Untuk sesiapa yang berminat nak sertai kursus persolekan boleh PM di page atau pun call/watsapp/text 017 599 5890 (Miss Q) ye. thank you :)
Ini adalah antara respon baik yang dapat. alhamdulillah, selama dalam bidang ni, makin hari makin cuba untuk memperbaiki kelemahan yang ada dan mempelajari benda baru. Sorry la ye sebab tulisan terkecil pula bila masuk dalam ni.. hehee... Kalau nak tengok lebih jelas boleh tengok di page Miss Q makeup. Semuanya ada di sana. Lebih banyak hasil yang menarik.
Ramai yang menyatakan solekan ni susah, ada juga yang menyatakan yang solekan ni senang saja. Tapi itu terpulang pada pendapat masing-masing.
Tapi pada pendapat sendiri, solekan ni ada kedua-duanya sekali. Nak kata senang tak juga senang kalau kita tak pelajarainya. Nak memakai bedak asas atau dipanggil 'foundation' bukan main bedal je.. kena la ambil tahu jenis kulit pelanggan, sama ada kering, berminyak atau sebagainya. Selain itu, faktor warna kulit juga perlu bijak memilih warna dan mencampurkan warna. Bukan semua bedak ada semua jenis warna kulit. Rumit tak.. heheee.. kalau dia biasa InsyaAllah mudah la :) itu baru bahagian bedak, untuk bahagian mata pula, benda yang perlu kita ambil berat adalah bentuk mata iaitu teknik memakai pembayang mata, serta pemilihan warna untuk sesuai ke majlis yang ingin di hadiri.
Kalau nak kata susah tu tidak juga, kalau dah minat, apa-apa kerja pun insyaAllah boleh dilakukan dengan baik JIKA semuanya ikhlas dari hati ;) Dan dari minat dan kerja yang ikhlas kadang-kadang semua idea tu akan lahir dengan sendirinya dan dalam masa yang sama kita dapat menghasilkan kerja yang baik. So, kalau nak tau lebih terperinci kena la sertai kelas ye. hehee.. Sebab nak bercerita dalam ni saja memang panjang la. heeee.. ada je kursus join la, tak kira kat mana pun, tapi pastikan tak ditipu la ye.. :)
HOBI HOBBY :)
Taa daaa.... Yang ini lah hobi. hehehe.. Hobi suka membaca novel sebenarnya. So kalau keluar mestilah kedai buku tempat wajib yang akan masukkan. Bila dah masuk tu mesti akan cari buku kecantikan juga. hehee.. Dah namanya minat tak boleh buat apa la. Even buku ni dah lama keluarannya, tapi tak pernah rasa rugi nak membelinya.tak ada istilah rugi kalau namanya ilmu kan :) Nasib la Puan Sri dengan Tuan Sri faham anak dia macam mana kan. hehe.. Layan kan aje la.. Supportive ^_^
Bila dah beli buku apa lagi, mestilah nak mentelaah.. masa lapang yang ada kalau tak ada job makeup atau xde appoiment, akan manjakan diri dalam bilik la mentelaah buku kecantikan atau pun novel. hehee.. Kecantikan ni satu bidang yang sangat luas, even kita rasa kita dah banyak belajar pasal kecantikan, tp still ada saja benda baru yang kita kadang-kaang tertinggal. cepat oke like fashion juga meyhhh.. ehee.. Kena la dengan bidang kerja sebagai pensyarah kecantikan, lagi la banyak benda nak kena mentelaah sebabnya kita nak berkongsi banyak ilmu dan nak meyebarkan ilmu kan. itu pun rasa macam tak cukup lagi ilmu nak mengajar. huhuhu..
Itu lah sedikit sebanyak yang dapat diceritakan. Apa yang rasa nak karang, karang aje.. hehee.. InsyaAllah kalau diizinkanNYA, panjang umur akan di update lagi untuk tajuk seterusnya.. :)