http://www.facebook.com/pages/MiSs-Q-makeup-Quraisya-Hussain/151127591656671

Sunday, 29 July 2012

Alhamdulillah . Done ! :)

Assalamualaikum.. :) 
Lama dah tak update blog :) last week busy sangat sebab nak siapkan report and busy dengan kerja-kerja luar pulak untuk last week macam tu. Tapi,..... Alhamdulillah.. sekarang nie rasa lega, relex yang teramat  sangat lepas dah habis study :) Done Study! Done Report and Done VIVA ! yeaahhhh. Now officially done my study and menjadi penganggur terhormat la. heheheh.. Tunggu kerja la pulak. Harap-harap dapat la kerja yang baik untuk diri ini. amin :) 

Alhamdulillah... semester 4 dapat dekan. Betul-betul tak percaya sebab result memang tak ambil lagi. ingat nak ambil time VIVA. tetiba Sir mantion nama kat Facebook dia pulak. tapi tak tengok pun. yang boleh tau pun sebab Sarah bagi tahu :) Alhamdulillah.. rasa bersyukur sangat. :) Berkat usaha and Doa selama nie Allah makbulkan :) memang banyak dugaan masa semester 4. Rupanya inilah dikatakan hikmahnya. So, memang kita kena percaya 'Setiap apa yang berlaku dalam kehidupan kita, pasti akan ada hikmahnya yang kita sendiri tak tahu' :)

Selama 3 bulan praktikal di Kolej Komuniti Sungai Petani.. Macam-macam benda baru dapat belajar.. Seronok sangat bila dapat bekerja dengan pensyarah yang pernah mengajar kita dulu and kita dah kenali. Praktikal pula menjadi tenaga pengajar.. memang satu benda baru dalam hidup. Bukan senang nak mendidik orang. Diri sendiri pun kena penuh ilmu and kena rajin mentelaah ilmu untuk dikongsikan bersama. Mula-mula masuk kelas memang sangat 'nervous'  sebab nak buat benda yang tak pernah buat kan, hehe... Seronok bila dapat mengajar dalam bidang yang kita belajar and minat. :) alhamdulillah. hampir 4 tahun lebih dalam bidang kecantikan nie, apa ilmu yang ada nie, sudah dikongsikan dengan my students. mula-mula diaowg memang macam degil cket,:) tapi bila dah lama-lama serasi and happy dengan diaowg. Bila dah habis nie, rindu pulaaa :( 

Time praktikal, time weekend jep kadang-kadang kena terlibat dengan aktiviti luar. tapi sebab duk uamh je boleh la. tak kesah sangat, tapi kalo duk jauh dari kampung, weekend mesti rasa nak balik sebab rindu kat parents kann..  harap-harap lepas nie tak dapat jauh sangat la tempat kerja :)
















Nie la antara aktiviti time praktikal hari tu. banyak lagi kalau nk diikutkan.. tapi ada yang tak sempat nak ambil gambar.. hehe. Memang kerja lebih masa and lebih hari. tapi semua tu seronok and paling seronok dapat belajar benda baru :) Orang kata dalam apa-apa pekerjaan pun kita buat mesti fikir positif :) Dalam sibok-sibok dengan aktiviti kolej, sempat juga curi masa p UITM Penang buat Demo makeup and Demo Tudung :) 
Dua hari sebelum baru dapat tau kena buat talk. Dengan rumah nak kenduri lagi, dengan nk buat jualan.. huhuhuhu.. memang kalut sangat.. nasib time tu adik balik dengan kawan dia. Ada la juga pembantu yang dapat ringankan beban. hihihihi..




Apa-apa yang kita buat, paling utama adalah keikhlasan. InsyaAllah mesti boleh lakukan dengan baik. Sebenarnya sya bukan dapat benda baru saja, tapi dapat lebih pertingkatkan diri dalam berkomunikasi dengan orang ramai dan secara tak langsung dapat mengisi masa yang tak tau nak buat apa kannn :)
tamat praktikal 20 Julai 2012 memang sedih. Tapi 25 Julai 2012 tamat belajar lepas habis VIVA. Mula SIr buat kejutan dengan mengatakan kami gagal. Tapi last sekali dia pun bgtau benda yang betul. Ya Allah.. rasa lega sangat :)








Inilah rakan-rakan saya yang sesama praktikal :)



Tuesday, 12 June 2012

Manjakan Diri di Rumah :)

Assalamualaikum... Salam Rabu.. :)

Alhamdulillah.. dah nak masuk 2 bulan praktikal kat sini... semuanya  berjalan lancar. :) wahh.. macam baru lepas majlis kawin pula. hehee.. Now, rasa macam boring sikit sebab students dah habis belajar, last week diaorang last paper. sekarang ni, kat kolej duk dalam bilik buat kerja sendiri. Kadang-kadang ada juga kerja pensyarah SKD bagi, tak la rasa bosan sangat.

Bila bosan je dekat opis nie, mula la nak mencari bahan-bahan tentang beauty nie.... :) Ramai yang tanya sya, tapi kadang-kadang tak sempat nak jawab sebab buzy dengan aktiviti luar. Dah namanya komuniti kan, terpaksa la sibukkan diri dengan kerja-kerja luar. tapi seronok juga, sebab sya pun suka pada kerja-kerja luar. :) letih memang la letih tapi sebab minat and kerja dengan ikhlas la katakan.. hehe.. kurang la rasa penat 2. :)

Bila sibuk diri sendiri mula abaikan. Tidur tak cukup, rehat pun tak cukup tapi.. makan InsyaAllah cukup. hehehe.. Bila ada masa manjakan diri sendiri je la. Nak ke salun tak sempat. nak kena prepare masa yang lama. So, nak cepatkan buat sendiri je kat rumah. Mudah je nak manjakan diri sendiri sebenarnya, cuma rajin dengan tak je. Bukan kita tak boleh buat and tak tahu nak buat, tapi sikap malas tu lebih kuat kan3.. hehe...

Jom kita tengok apa yang boleh kita buat.. :)


Okey, firstly, manjakan diri dengan merendamkan kaki dengan air suam. Orang kata urat saraf kita semua bermula dari kaki. So, kita rendamkan la kaki ye.. hehehe.. Jangan terlalu panas sebab  rendam untuk relexkan, tapi nanti terbalik pula jadi tension sebab tahan panas kan :) selain itu, kita boleh menggunakan aromaterapi untuk tenangkan minda yang mendapat tekanan bila bekerja. terdapat pelbagai jenis aromaterapi boleh digunakan dan ia juga terdapat pelbagai jenis kegunaan mengikut jenis masalah yang dihadapi.

Antara minyak aromaterapi untuk hilangkan stress dan untuk relex:

  1. Kayu Cendana
  2. Pepermint
  3. Chamomile
  4. Lavender
Cara menggunakan aromaterapi juga mempunyai kaedahnya sendiri antaranya melalui mandian,tuam,hidu dan sebagainya mengikut masalah yang dihadapi. Cara untuk menghilangkan stress dengan merendam kaki ialah dengan memasukkan air suam dalam satu bekas untuk merendam kaki. masukkan beberapa titik dalam bekas dan ratakan seluruh air. Rendamkan kaki dalam masa 30 minit sambil merehatkan diri. Cara itu juga boleh membuatkan kita bau dan ia akan menenangkan minda. 



Ini pula cara untuk aromaterapi dalam rumah atau bilik. Untuk sesiapa yang dah de rumah sendiri senang la nak buat, kalau duk dengan family susah la sikit, takut-takut ada yang tak suka bau yang kita suka. Pastikan pilih aromaterapi yang betul ye.. Kalau sya, sya suka Lavender.. :) Tak perlu la nak pasang hari-hari. pasang bila hari cuti and time kita spend time kat rumah je oke.  Dalam bilik tidur pun boleh, Nak2 lagi time nak tidur kan.. bila relex senang la nak tidur. Sya nie lagi la.. jenis yang susah tidur. hehehe.. Next, apa pula sya nak buat ye... hehehe....





Nie pula skrub untuk muka. Skrub muka tak perlu guna macam pencuci muka. seminggu sekali je guna. UUntuk buat kulit mati kat muka kita. Untuk muka liang roma muka kita untuk relexkan.. Skrub kalau dipakai hari-hari boleh rosakkan kulit muka sebab dia punya tekstur kasar. untuk yang kulit sensetif pilih skrub yang lebih halus ye :) Orang kata ' Yang mahal tak semestinya bagus, yang murah tak semestinya tak baguskan' hehehe... Tak perlu nak habiskan duet untuk beli produk yang terlalu mahal padahal kulit kita belum tentu sesuai kan :)...Selain itu, kita boleh juga nak buat skrub sendiri. tak susah pun, dalam internet pun boleh cari. Antaranya menggunakan beras yang dibland samapi halus kemudian campurkan dengan bahan-bahan yang sesuai dengan kulit kita. Pastikan sesuai sebab takut untuk yang sensetif kalau silap campuran nanti lain pula jadinya..kan....lepas gunakan skrub apa yang sya buat... nextttt.........










Yang nie la next pula.. :) Sya pakai mask. Actually face mask nie ada banyak jenis, ikut individu la ye nak yang macam mana...hehe.. Nie pun kalau sya rajin je sya pakai mask. Selalunya malas. hehe.. Nak lebih baik gunakan mask 2 minggu sekali. Kegunaannya pun banyak.. kita pilih ikut kulit kita. Nak bagi putih ke, nak bagi lembap ke, muda, dan macam-macam. Boleh cari kat Watsons or Guardian dan boleh juga dibuat sendiri :) tapi bagi sesiapa yang rajin la kan.. macam sya nie malas.. so beli je yang di siapp.. hehe....



Okey.. Yang nie pula adalah barang atau produk yang sya akan bawa ke mana saja sya pergi. Dia sangat membantu kecantikan diri sya bukan saja luaran tapi juga dalaman. Dulu pun sya tak berani nak makan sebab takut effect lain yang  jadi.. mesti ramai yang rasa macam apa yang sya rasa kan :) tapi kalau tak cuba kita tak tahu.. So, beranikan diri ambil CVO nie. Mula-mula makan tetiba jerawat naik 3 4 biji pula. Risau sangat.. tapi dapat nasihat supaya teruskan ambil jangan berhenti. Alhamdulillah.. lepas sebulan ambill VCO, memang nampak kesannya. Penghadaman yang sangat senang, period pun teratur and yang paling..paling sya suka... bila time nak datang period kebiasaannya kita akan naik jerawat comel kan. tapi sejak sya amalkan VCO. Syukur sangat sebab jerawat comel tu dah tak keluar.. :)

Sampai sekarang sya still amalkan VCO and sya juga jadikan vitamin untuk muka. Dah tak boleh kira berapa botol dah sya ambil..hehehe... Banyak dahh....Sya pecahkan sebiji dan minyak dia sya sapu kat muka. Sebulan sekali sya buat la.... lepas dari kesan-kesan yang baik sya terus jual kat orang pula, Ye la.. orang kata benda baik kita berkongsikan.. Alhamdulillah.. ramai yang makan and mendapat respon yang baik. Suka sangat bila boleh berkongsi something dengan orang and boleh buat orang pun happy. wink.wink ~_^

Jangan lupa, kecantikan seseorang wanita tu perlula seimbang. Maksud sya, luaran dan dalaman. Bukan kita akan cantik dengan produk, produk hanya membantu sahaja. Jangan tinggalkan solat,wuduk pun boleh buat kulit muka kita lebih berseri dari produk kecantikan.. hehehe....and selalu ikhlas dan hati bersih. InsyaAllah, kita akan sentiasa nampak cantik dan disenangi. :)





Wednesday, 9 May 2012

Person I love and I cares :)

Assalamualaikum.....
Selamat bekerja semua.. hehe.. Diri yang wish kat orang nie tak buat kerja pun.. Duk mengadap laptop nie je dari pagi sampai petang.. hehe.. kantoi.. ;p tapi semalam dah seharian sibuknya, so, hari nie agak relex cket la.. :) Maklumlah, kat rumah tak de wifi, orang kata sambil menyelam,sambil2 lah minum air. tu pun kalau sedap la. ngee.. ;p kat opis nie ada tenet update la..

Lama dah rasa tak update blog nie.. kena pulak dengan tak ada kerja kat opis nie, usha-usha la gambar dalam external yang banyak tuuu.. Tetiba jumpa pula gambar lama-lama yang mengulik kenangan kat jiwa nie. :) berpuitis sekejap. ~_^

Gambar time study dulu, sekarang dan seangkatan dengannya. Kawan-kawan yang lama dah tak jumpa, weeee... rindunya bila bercerita nie punn :) bila lagi agaknya nak jumpa kan. Dah namanya suka bergambar, tak kira tempat la amik gambar, asal rasa tak ada kerja je, mula la snap sana.. snap sini... hehehe.. 
Inilah orang-orang yang sya sayanggg :) <3


That's is my parents :) orang yang paling sya sayang, paling boleh dipercayai untuk simpan rahsia sya, tempat mengadu, tempat bertanya dan meminta pendapat. Mereka adalah yang terbaik dan mereka jugalah yang sentiasa ingatkan sya supaya sentiasa ingat Allah bila susah atau senang.

 Merekalah yang selalu memberi sya semangat,biarlah orang nak kata apa pun, sebab mulut orang memang kita xboleh tutup... kann :) Yang pasti setiap apa yang kita nak lakukan dan buat keputusan, tanyalah Ibubapa kita kerana apa yang mereka fikirkan untuk kita, itu adalah yang terbaik. Dari kecil sampai besar, tak pernah sesaat pun mereka letih untuk memikirkan tentang anak-anak malahan sampai tak boleh nak tidur malam. Sya sangat bersyukur kerana IbuBapa sya masih ada dan bimbing sya. Tiap-tiap hari ada nasihat untuk sya.
InsyaAllah. Angah akan ingat tu! :)







She is my little sister. :) Her name is Nur Qalilah. Dulu kecik-kecik pantang jumpa asyik gaduh je.. hehe.. budak-budakan.. tapi sekarang dah besar, masing-masing tempat berkongsi masalah juga. lepas dia abeh SPM kebetulan dia pula dapat sambung belajar dekat nilai 6 bulan. Lepas tu bertukar ke PJ. Sempat la dekat dengan sya, if ada masa lapang sya akan pergi juga jenguk-jenguk dia kat UIA PJ. Now, sya dah praktikal kat kedah, jauh la... dia berapa bulan sekali jep balik kg.

And today, InsyaAllah, malam ni 9 Mei 2012 dia akan sampai rumah. weee... beshnya.. :) Dah ada teman kat rumah. Boleh la jalan-jalan lepas nie, because dia pun tengah cuti... ~_^ Seorang yang sangat suka bercerita. Tapi no wonder la, namanya perempuankan, sifat perempuan memang suka bercerita dan berkongsi masalah.. hehehehe.. 

Kami ada hobi yang sama, suka makan... tak sabarrrnyaa... Nanti boleh masak sama-sama.... ngee.. :) bersiap sedia nak cari resipi masakan dalam tenet sebab diri sendiri tak pandai sangat pun masak. hehehe.... :)




 Nie kakak sulung sya. Nama dia Qistina. Sya dengan dia beza 5 tahun. dulu sebelum kawin memang rapat la dengan dia, anything mesti akan share sesama. After she married, sya kena faham la kan.. hehe.. dah jadi bini orang da.. :) Tapi still selalu berhubung sebab kak still duk kedah. Dekat je dengann rumah. Dia buat business on9. If sesiapa berminat nak tempah coklat untuk tunang, kawin atau doorgift, or nak shopping baju baby dan permainan kanak-kanak boleh la usha link nie

  Pelbagai jenis barangan ada jual kat sana. Tudung pun ada. kek, aiskrim goreng. Macam astro lah juga ye. hehehe... :)





Ini pula satu-satunya anak buah kesayangan sya.. buat masa sekarang still satu la, coming soon xberapa pasti lagi.. hehehe..Nama si kecik molek nie Damia Batrisyia. Dulu lepas dilahirkan Damia disahkan jantung berlubang, lepas tu around she 5month, damia dah kena bernafas dengan bantuan mesin. Family decide untuk terus buat operation  jantung damia. Alhamdulillah, my parents dapat bantu untuk rawatan dia. And now, sangat-sangat bersyukur sebab damia nie sangat kuat hadapi masa-masa sakit dia. Umur damia sekarang dah 2 tahun 5 bualn. Sangat aktif dan cerdik dah sekarang. Bila lama xjumpa dia mesti rinduuu :) 


Ini pula adalah sahabat karib, sejati dan teman kala susah dan senang sya. Dulu masa sekolah rendah sebenarnya kami nie gaduh je keja dalam kelas. hihihi.... Tapi bila masuk sekolah menengah tak tau macam mana boleh jadi rapat, akrab sampailah sekarang. tak kira masa sya susah atau senang mereka selalu ada untuk sya. Alhamdulillah, syukur sangat. :) Kami sama-sama duk kedah jep, tapi disebabkan masing-masing kerja and belajar. Susah juga nak jumpa. hehehe.. macam duk lain-lain negeri pulak. Yang freehair tu kawan silah, dia non muslim tapi hati dia sangat baik.... :) pendiam tje orangnya. 


Nie pula kawan sya time study jat KKSP dulu. dari semester 1 sampai empat kami bersama. Bila dah abeh belajar, masing-masing buat kerja sendiri :) winduuuu , bila lagi nak berjumpa taktau la. Susah senang time belajar, kenangan manis masa dulu tetap segar diingatan. Ayu paling lama tak jumpa.. makin comel dah orang kata dia, dah de keta sendiri da.. sya nie duk belajar lagi. tingin nak rasa duet sendiri jugaa... bila agaknya ye :) hehehehe..... Doa2kan la bagi sya dapat rezeki kerja yang baik2. InsyaAllah.. Amin.... :)


 Dannn... ini kawan sya time sambung belajar kat Geomatika.. Dulu stady sekali kat KKSP, tapi tak rapat sebab lain-lain kelas.. hehehe... bila dah masuk Geomatika baru jadi rapat sebab duk satu rumah and 1 bilik juga.. :) banyak kenangan juga dengan diaowg, tapi pic je xdapat nak masukkan sebab terlalu banyak. :) rinnduuu semua... :)
Sayang semua... :) <3

DONE !!! :)









Tuesday, 1 May 2012

Butik MusLimah's Secret

Assalamualaikum.... :) Selamat pagi blogger.... :)

Okey, sapa-sapa yang tinggal area Sungai Petani, yang sukakan pada fesyen muslimah boleh la ke 'Butik Muslimah's Secret' untuk memilih pelbagai jenis design mengikut citarasa sendiri. :)

http://www.facebook.com/#!/pages/Muslimahs-Secret/184905938212401
 
Atas tu sya dah bagi link untuk usha-usha barang yang dijual di sana. Tapi, apa yang sya tahu dia kurang aktif promote barang dia kat page tu. Sebab harga dia ada potongan esspecially for students. Dekat situ bukan saja dijual baju yang dah siap dibuat, tapi boleh membuat tempahan mengikut design yang kita suka :) macam exclusive boutique la, tapi insyaAllah harga dia sangat berpatutan :) so, untuk raya nanti boleh la kita mula design dari sekarang and buat tempahan.. hehehe... baru glamor sikit raya  untuk tahun nie :)

Baru-baru nie, Butik Muslimah's Secret ada buat pelancaran jubah baru mereka di "Swiss Inn" di Sungai Petani. Sya pun ada terlibat sekali, ala.. model tangkap muat je.. ngee.... Sebab kenal dengan leader dia, so dia pun minta tolong. First time wearing design exclusive kat situ. Baju kurung dan tudung. Kiranya sedondon la.. :) Memang sangat selesa. Material kain yang sangat lembut dan sejuk bila dipakai.


Huhuhu.. Okey, yang nie adalah baju kurung and tudung dari Butik Muslimah's Secret :) selesa u olls.. hehe.. Saja la menggedik sikit posing macam tu kan.. hehehe... :)


Inilah Owner Butik Muslimah's Secret... :) Sweet sangat dia.. kecil molek.. Sangat peramah, senang dibawa berbincang :) Kitaorang panggil dia 'kak Mira'. Actually, she is lawyer.. hehe. Tapi bila dah minat dalam dunia perniagaan nie, and kena dengan usaha, insyaAllah semua boleh berjalan dengan baik. :)












Selesai sudah untuk hari nie... hehehe... semua pakaian dalam gambar nie, semua dari Butik Muslimah's Secret.. Semua jenis saiz dan bentuk badan boleh cari pakaian disana, semua saiz ada..:) jadi memang tak rugi kalau shopping dekat sana.. jomm.. ramai-ramai kita serrbbuuuu.... hehehehe... :)