http://www.facebook.com/pages/MiSs-Q-makeup-Quraisya-Hussain/151127591656671

Tuesday, 12 June 2012

Manjakan Diri di Rumah :)

Assalamualaikum... Salam Rabu.. :)

Alhamdulillah.. dah nak masuk 2 bulan praktikal kat sini... semuanya  berjalan lancar. :) wahh.. macam baru lepas majlis kawin pula. hehee.. Now, rasa macam boring sikit sebab students dah habis belajar, last week diaorang last paper. sekarang ni, kat kolej duk dalam bilik buat kerja sendiri. Kadang-kadang ada juga kerja pensyarah SKD bagi, tak la rasa bosan sangat.

Bila bosan je dekat opis nie, mula la nak mencari bahan-bahan tentang beauty nie.... :) Ramai yang tanya sya, tapi kadang-kadang tak sempat nak jawab sebab buzy dengan aktiviti luar. Dah namanya komuniti kan, terpaksa la sibukkan diri dengan kerja-kerja luar. tapi seronok juga, sebab sya pun suka pada kerja-kerja luar. :) letih memang la letih tapi sebab minat and kerja dengan ikhlas la katakan.. hehe.. kurang la rasa penat 2. :)

Bila sibuk diri sendiri mula abaikan. Tidur tak cukup, rehat pun tak cukup tapi.. makan InsyaAllah cukup. hehehe.. Bila ada masa manjakan diri sendiri je la. Nak ke salun tak sempat. nak kena prepare masa yang lama. So, nak cepatkan buat sendiri je kat rumah. Mudah je nak manjakan diri sendiri sebenarnya, cuma rajin dengan tak je. Bukan kita tak boleh buat and tak tahu nak buat, tapi sikap malas tu lebih kuat kan3.. hehe...

Jom kita tengok apa yang boleh kita buat.. :)


Okey, firstly, manjakan diri dengan merendamkan kaki dengan air suam. Orang kata urat saraf kita semua bermula dari kaki. So, kita rendamkan la kaki ye.. hehehe.. Jangan terlalu panas sebab  rendam untuk relexkan, tapi nanti terbalik pula jadi tension sebab tahan panas kan :) selain itu, kita boleh menggunakan aromaterapi untuk tenangkan minda yang mendapat tekanan bila bekerja. terdapat pelbagai jenis aromaterapi boleh digunakan dan ia juga terdapat pelbagai jenis kegunaan mengikut jenis masalah yang dihadapi.

Antara minyak aromaterapi untuk hilangkan stress dan untuk relex:

  1. Kayu Cendana
  2. Pepermint
  3. Chamomile
  4. Lavender
Cara menggunakan aromaterapi juga mempunyai kaedahnya sendiri antaranya melalui mandian,tuam,hidu dan sebagainya mengikut masalah yang dihadapi. Cara untuk menghilangkan stress dengan merendam kaki ialah dengan memasukkan air suam dalam satu bekas untuk merendam kaki. masukkan beberapa titik dalam bekas dan ratakan seluruh air. Rendamkan kaki dalam masa 30 minit sambil merehatkan diri. Cara itu juga boleh membuatkan kita bau dan ia akan menenangkan minda. 



Ini pula cara untuk aromaterapi dalam rumah atau bilik. Untuk sesiapa yang dah de rumah sendiri senang la nak buat, kalau duk dengan family susah la sikit, takut-takut ada yang tak suka bau yang kita suka. Pastikan pilih aromaterapi yang betul ye.. Kalau sya, sya suka Lavender.. :) Tak perlu la nak pasang hari-hari. pasang bila hari cuti and time kita spend time kat rumah je oke.  Dalam bilik tidur pun boleh, Nak2 lagi time nak tidur kan.. bila relex senang la nak tidur. Sya nie lagi la.. jenis yang susah tidur. hehehe.. Next, apa pula sya nak buat ye... hehehe....





Nie pula skrub untuk muka. Skrub muka tak perlu guna macam pencuci muka. seminggu sekali je guna. UUntuk buat kulit mati kat muka kita. Untuk muka liang roma muka kita untuk relexkan.. Skrub kalau dipakai hari-hari boleh rosakkan kulit muka sebab dia punya tekstur kasar. untuk yang kulit sensetif pilih skrub yang lebih halus ye :) Orang kata ' Yang mahal tak semestinya bagus, yang murah tak semestinya tak baguskan' hehehe... Tak perlu nak habiskan duet untuk beli produk yang terlalu mahal padahal kulit kita belum tentu sesuai kan :)...Selain itu, kita boleh juga nak buat skrub sendiri. tak susah pun, dalam internet pun boleh cari. Antaranya menggunakan beras yang dibland samapi halus kemudian campurkan dengan bahan-bahan yang sesuai dengan kulit kita. Pastikan sesuai sebab takut untuk yang sensetif kalau silap campuran nanti lain pula jadinya..kan....lepas gunakan skrub apa yang sya buat... nextttt.........










Yang nie la next pula.. :) Sya pakai mask. Actually face mask nie ada banyak jenis, ikut individu la ye nak yang macam mana...hehe.. Nie pun kalau sya rajin je sya pakai mask. Selalunya malas. hehe.. Nak lebih baik gunakan mask 2 minggu sekali. Kegunaannya pun banyak.. kita pilih ikut kulit kita. Nak bagi putih ke, nak bagi lembap ke, muda, dan macam-macam. Boleh cari kat Watsons or Guardian dan boleh juga dibuat sendiri :) tapi bagi sesiapa yang rajin la kan.. macam sya nie malas.. so beli je yang di siapp.. hehe....



Okey.. Yang nie pula adalah barang atau produk yang sya akan bawa ke mana saja sya pergi. Dia sangat membantu kecantikan diri sya bukan saja luaran tapi juga dalaman. Dulu pun sya tak berani nak makan sebab takut effect lain yang  jadi.. mesti ramai yang rasa macam apa yang sya rasa kan :) tapi kalau tak cuba kita tak tahu.. So, beranikan diri ambil CVO nie. Mula-mula makan tetiba jerawat naik 3 4 biji pula. Risau sangat.. tapi dapat nasihat supaya teruskan ambil jangan berhenti. Alhamdulillah.. lepas sebulan ambill VCO, memang nampak kesannya. Penghadaman yang sangat senang, period pun teratur and yang paling..paling sya suka... bila time nak datang period kebiasaannya kita akan naik jerawat comel kan. tapi sejak sya amalkan VCO. Syukur sangat sebab jerawat comel tu dah tak keluar.. :)

Sampai sekarang sya still amalkan VCO and sya juga jadikan vitamin untuk muka. Dah tak boleh kira berapa botol dah sya ambil..hehehe... Banyak dahh....Sya pecahkan sebiji dan minyak dia sya sapu kat muka. Sebulan sekali sya buat la.... lepas dari kesan-kesan yang baik sya terus jual kat orang pula, Ye la.. orang kata benda baik kita berkongsikan.. Alhamdulillah.. ramai yang makan and mendapat respon yang baik. Suka sangat bila boleh berkongsi something dengan orang and boleh buat orang pun happy. wink.wink ~_^

Jangan lupa, kecantikan seseorang wanita tu perlula seimbang. Maksud sya, luaran dan dalaman. Bukan kita akan cantik dengan produk, produk hanya membantu sahaja. Jangan tinggalkan solat,wuduk pun boleh buat kulit muka kita lebih berseri dari produk kecantikan.. hehehe....and selalu ikhlas dan hati bersih. InsyaAllah, kita akan sentiasa nampak cantik dan disenangi. :)





Wednesday, 9 May 2012

Person I love and I cares :)

Assalamualaikum.....
Selamat bekerja semua.. hehe.. Diri yang wish kat orang nie tak buat kerja pun.. Duk mengadap laptop nie je dari pagi sampai petang.. hehe.. kantoi.. ;p tapi semalam dah seharian sibuknya, so, hari nie agak relex cket la.. :) Maklumlah, kat rumah tak de wifi, orang kata sambil menyelam,sambil2 lah minum air. tu pun kalau sedap la. ngee.. ;p kat opis nie ada tenet update la..

Lama dah rasa tak update blog nie.. kena pulak dengan tak ada kerja kat opis nie, usha-usha la gambar dalam external yang banyak tuuu.. Tetiba jumpa pula gambar lama-lama yang mengulik kenangan kat jiwa nie. :) berpuitis sekejap. ~_^

Gambar time study dulu, sekarang dan seangkatan dengannya. Kawan-kawan yang lama dah tak jumpa, weeee... rindunya bila bercerita nie punn :) bila lagi agaknya nak jumpa kan. Dah namanya suka bergambar, tak kira tempat la amik gambar, asal rasa tak ada kerja je, mula la snap sana.. snap sini... hehehe.. 
Inilah orang-orang yang sya sayanggg :) <3


That's is my parents :) orang yang paling sya sayang, paling boleh dipercayai untuk simpan rahsia sya, tempat mengadu, tempat bertanya dan meminta pendapat. Mereka adalah yang terbaik dan mereka jugalah yang sentiasa ingatkan sya supaya sentiasa ingat Allah bila susah atau senang.

 Merekalah yang selalu memberi sya semangat,biarlah orang nak kata apa pun, sebab mulut orang memang kita xboleh tutup... kann :) Yang pasti setiap apa yang kita nak lakukan dan buat keputusan, tanyalah Ibubapa kita kerana apa yang mereka fikirkan untuk kita, itu adalah yang terbaik. Dari kecil sampai besar, tak pernah sesaat pun mereka letih untuk memikirkan tentang anak-anak malahan sampai tak boleh nak tidur malam. Sya sangat bersyukur kerana IbuBapa sya masih ada dan bimbing sya. Tiap-tiap hari ada nasihat untuk sya.
InsyaAllah. Angah akan ingat tu! :)







She is my little sister. :) Her name is Nur Qalilah. Dulu kecik-kecik pantang jumpa asyik gaduh je.. hehe.. budak-budakan.. tapi sekarang dah besar, masing-masing tempat berkongsi masalah juga. lepas dia abeh SPM kebetulan dia pula dapat sambung belajar dekat nilai 6 bulan. Lepas tu bertukar ke PJ. Sempat la dekat dengan sya, if ada masa lapang sya akan pergi juga jenguk-jenguk dia kat UIA PJ. Now, sya dah praktikal kat kedah, jauh la... dia berapa bulan sekali jep balik kg.

And today, InsyaAllah, malam ni 9 Mei 2012 dia akan sampai rumah. weee... beshnya.. :) Dah ada teman kat rumah. Boleh la jalan-jalan lepas nie, because dia pun tengah cuti... ~_^ Seorang yang sangat suka bercerita. Tapi no wonder la, namanya perempuankan, sifat perempuan memang suka bercerita dan berkongsi masalah.. hehehehe.. 

Kami ada hobi yang sama, suka makan... tak sabarrrnyaa... Nanti boleh masak sama-sama.... ngee.. :) bersiap sedia nak cari resipi masakan dalam tenet sebab diri sendiri tak pandai sangat pun masak. hehehe.... :)




 Nie kakak sulung sya. Nama dia Qistina. Sya dengan dia beza 5 tahun. dulu sebelum kawin memang rapat la dengan dia, anything mesti akan share sesama. After she married, sya kena faham la kan.. hehe.. dah jadi bini orang da.. :) Tapi still selalu berhubung sebab kak still duk kedah. Dekat je dengann rumah. Dia buat business on9. If sesiapa berminat nak tempah coklat untuk tunang, kawin atau doorgift, or nak shopping baju baby dan permainan kanak-kanak boleh la usha link nie

  Pelbagai jenis barangan ada jual kat sana. Tudung pun ada. kek, aiskrim goreng. Macam astro lah juga ye. hehehe... :)





Ini pula satu-satunya anak buah kesayangan sya.. buat masa sekarang still satu la, coming soon xberapa pasti lagi.. hehehe..Nama si kecik molek nie Damia Batrisyia. Dulu lepas dilahirkan Damia disahkan jantung berlubang, lepas tu around she 5month, damia dah kena bernafas dengan bantuan mesin. Family decide untuk terus buat operation  jantung damia. Alhamdulillah, my parents dapat bantu untuk rawatan dia. And now, sangat-sangat bersyukur sebab damia nie sangat kuat hadapi masa-masa sakit dia. Umur damia sekarang dah 2 tahun 5 bualn. Sangat aktif dan cerdik dah sekarang. Bila lama xjumpa dia mesti rinduuu :) 


Ini pula adalah sahabat karib, sejati dan teman kala susah dan senang sya. Dulu masa sekolah rendah sebenarnya kami nie gaduh je keja dalam kelas. hihihi.... Tapi bila masuk sekolah menengah tak tau macam mana boleh jadi rapat, akrab sampailah sekarang. tak kira masa sya susah atau senang mereka selalu ada untuk sya. Alhamdulillah, syukur sangat. :) Kami sama-sama duk kedah jep, tapi disebabkan masing-masing kerja and belajar. Susah juga nak jumpa. hehehe.. macam duk lain-lain negeri pulak. Yang freehair tu kawan silah, dia non muslim tapi hati dia sangat baik.... :) pendiam tje orangnya. 


Nie pula kawan sya time study jat KKSP dulu. dari semester 1 sampai empat kami bersama. Bila dah abeh belajar, masing-masing buat kerja sendiri :) winduuuu , bila lagi nak berjumpa taktau la. Susah senang time belajar, kenangan manis masa dulu tetap segar diingatan. Ayu paling lama tak jumpa.. makin comel dah orang kata dia, dah de keta sendiri da.. sya nie duk belajar lagi. tingin nak rasa duet sendiri jugaa... bila agaknya ye :) hehehehe..... Doa2kan la bagi sya dapat rezeki kerja yang baik2. InsyaAllah.. Amin.... :)


 Dannn... ini kawan sya time sambung belajar kat Geomatika.. Dulu stady sekali kat KKSP, tapi tak rapat sebab lain-lain kelas.. hehehe... bila dah masuk Geomatika baru jadi rapat sebab duk satu rumah and 1 bilik juga.. :) banyak kenangan juga dengan diaowg, tapi pic je xdapat nak masukkan sebab terlalu banyak. :) rinnduuu semua... :)
Sayang semua... :) <3

DONE !!! :)









Tuesday, 1 May 2012

Butik MusLimah's Secret

Assalamualaikum.... :) Selamat pagi blogger.... :)

Okey, sapa-sapa yang tinggal area Sungai Petani, yang sukakan pada fesyen muslimah boleh la ke 'Butik Muslimah's Secret' untuk memilih pelbagai jenis design mengikut citarasa sendiri. :)

http://www.facebook.com/#!/pages/Muslimahs-Secret/184905938212401
 
Atas tu sya dah bagi link untuk usha-usha barang yang dijual di sana. Tapi, apa yang sya tahu dia kurang aktif promote barang dia kat page tu. Sebab harga dia ada potongan esspecially for students. Dekat situ bukan saja dijual baju yang dah siap dibuat, tapi boleh membuat tempahan mengikut design yang kita suka :) macam exclusive boutique la, tapi insyaAllah harga dia sangat berpatutan :) so, untuk raya nanti boleh la kita mula design dari sekarang and buat tempahan.. hehehe... baru glamor sikit raya  untuk tahun nie :)

Baru-baru nie, Butik Muslimah's Secret ada buat pelancaran jubah baru mereka di "Swiss Inn" di Sungai Petani. Sya pun ada terlibat sekali, ala.. model tangkap muat je.. ngee.... Sebab kenal dengan leader dia, so dia pun minta tolong. First time wearing design exclusive kat situ. Baju kurung dan tudung. Kiranya sedondon la.. :) Memang sangat selesa. Material kain yang sangat lembut dan sejuk bila dipakai.


Huhuhu.. Okey, yang nie adalah baju kurung and tudung dari Butik Muslimah's Secret :) selesa u olls.. hehe.. Saja la menggedik sikit posing macam tu kan.. hehehe... :)


Inilah Owner Butik Muslimah's Secret... :) Sweet sangat dia.. kecil molek.. Sangat peramah, senang dibawa berbincang :) Kitaorang panggil dia 'kak Mira'. Actually, she is lawyer.. hehe. Tapi bila dah minat dalam dunia perniagaan nie, and kena dengan usaha, insyaAllah semua boleh berjalan dengan baik. :)












Selesai sudah untuk hari nie... hehehe... semua pakaian dalam gambar nie, semua dari Butik Muslimah's Secret.. Semua jenis saiz dan bentuk badan boleh cari pakaian disana, semua saiz ada..:) jadi memang tak rugi kalau shopping dekat sana.. jomm.. ramai-ramai kita serrbbuuuu.... hehehehe... :)

Wednesday, 25 April 2012

Sharing is caring. :)


Assalamualaikum... Selamat pagi... :)
Hari nie dah masuk 26 April 2012. Dah abeh besday gurl.. ngee.. Alhamdulillah.. ramai yang wish and mendoakan yang terbaik untuk sya. thank you so much friends.. :) apa-apa pun sya sangat hargai sebab ramai yang ingat my birthday even tak dapat banyak hadiah pun tak pe.. :) Walaupun tak dapat jumpa Tan Sri Jijon saya........ ;p  Semalam ada satu  kelas je.. tu pun students bila masuk je kelas nak balik awal , masuk pun dah lewat da.. adoyaii... huhu.. Baru sekarang dapat rasa macam mana perasaan pensyarah yang dah mengajar kita selama nie,minta maaf ye cik, miss, puan, sir.. hehee... memang susah nak mengajar dan memdidik nie, bukan semua la student yang tak oke, ada juga yang oke.. tapi still ada yang agak degil sikit. ~_^

Alhamdullilah, rasanya insyaAllah boleh bertahan sampai bulan Julai nanti.. :) At least dapat pengalaman kan, mana la tau nanti ada rezeki jadi tenaga pengajar tak de la terkejut sangat or stress... ;p semalam juga sempat ber'skype' with my sweetfruit saya Tan Sri Jijon :)

Haa.. nie la gambar yang dia ambil.. rasa macam sweet pula Tan Sri Jijon sy nieh .. ngee...


Jijon baik punya lentokk... huhu.. Nway, thanks sebab awak selalu bersabar dengan kerenah saya yang suka merajuk nie. ;p Apa yang tengah sy buat pun xtau la.. huhu.. Sengal jep. ;p

Okeeeyyy..... Sebenarnya apa yang nak dikongsingkan nie adalah penjagaan kulit wajah sya la.. Actually, ramai juga yang tanya sya guna produk apa, macam mana sya jaga kulit muka sya and many questions lagi la.. Alhamdulullah.. bukan nak bangga or what, just terasa nak share la serba sikit apa yang tau and apa yang sya guna. By the way, sya nie bukan lah seorang yang sanagat menjaga kecantikan, agak malas juga sebenarnya.. hehehehe..  cuma yang selalu buat lepas keluar pergi mana-mana sya mesti  cuci muka dan gunakan toner. kadang-kadang guna pencuci muka saja tak cukup bersih, kotoran still ada lagi, so nak lebih bersih gunakan toner sekali ye.. :) 

Antara produk yang sya gunaaaa.... :)


Oke.. meh sya nak terangkan satu-satu..Mulakan dari kiri (belakang) safi mentimun tu pencuci muka, Loreal pula ialah remove make up untuk 'lips adn eye'. Nivea tu pulak 'cleansing milk' untuk cuci seluruh wajah dan last untuk belakangLoreal tu.. 'toner' .Sya suka guna toner Loreal sebab sebelum nie bila bangun pagi kulit sya rasa berminyak, tapi alhamdulillah lepas sya guna toner tu bila bangun pagi my skin feel very 'fresh' :) sukanyaaa... ngee.. ;p 

Untuk bahagian depan tu sya rasa semua tau kot ye.. :0 'krim malam', 'krim siang', 'krim UV'.  Semuanya "SAFI" diyakini selamat,suci dan bersih.. wahh.. ayat iklan pulak. hehehee.. :)

kalau untuk solekan muka sya pulak... sya tak suka bersolek yang tebal-tebal. Rimas dan akan melekit bila dah sampai petang. So, sya choose a very simple things :)


Haa... Nie la yang alat solek yang ada dalam my handbag :) tapi untuk eyeshadow sya jarang sangat pakai, just bawa and if rasa rajin je sya pakai. :) selalu bila ada event  je la... hehehe.. paling sya tak suka pakai 'foundation' huhu.. rasa macam tepung lekat kat muka jep. Untuk harian la.. ngee.. ;p Kalau sya rajin, sya suka pakai mask.. and kalau rajin lagi, pagi-pagi sya tak suka guna pencuci muka.. sya cuci muka dengan tomato. sya hancurkan and sapu seluruh wajah.. :) hehehehe

Untuk hari ni, rasanya yang nie jep nak share dengan kaum wanita :)  kalau rasa nak cuba, boleh la.. InsyaAllah.. bila kita usaha untuk jadikan ia terbaik pasti Allah membantu kan. Amin :)

Tuesday, 24 April 2012

love make up !

Assalamualikum.. :) Selamat pagi. 
Hari nie tak ada kelas, so boleh la relex kejap. tapi... sangat sejuk dalam office nie. nak keluar duk mana pun tak tau nieh. hehe... cool..cool... ;p Nasib la kat office nie ada wifi, laju la cket tenet nie. boleh la nak upload macam-macam kat blog nie.. ngee.. ~_^  Disebabkan sya minat make up. So, sya selalu la cari bahan-bahan dalam tenet yang serba banyak maklumat nie. hari nie sya nak kongsikan make up 'airbrush' dan 'avant garde' :) sebelum nie pun xtau juga. Tp bila dah dalam bidang nie, macam-macam belajr.. hehe... 

meh-meh kita usha cket apa itu make up 'airbrush'
Sebenarnya dia menggunakan mesin untuk make up ini. orang yang pakar je boleh guna. Sya sendiri pun xpenah guna, tapi penah tengok orang tunjuk ajar la.. :) dia menggunakan teknik semburan gitu u olls. :) hehe.. Sempoi lah ! memang kagum sape yang bileh buat 'airbrush' nie. kalau ada rezeki nak aje beli mesin 2. Sekarang tak mampu la. hehe..


Ini adalah mesin 'airbrush' unit x. Mula-mula tengok macam scary la. macam mana nak letak kat muka nie. hehehe. Macam2 tanda soal dalam fikiran ni. Tapi lepas dah tengak macam mana cara guna dan tekniknya, terus rasa macam wow!!Tapi kalau nak ambil khusus 'airbrush' nie saja pun memang mahal. tapi berbaloi.... :)


Yang ini pula cara atau teknik nak menggunakan 'airbrush'. Selalu kita guna brush je, then terus sentuh kat muka kan.. tapi yang ini guna 'hangin' jep.. hee.. kena betul2 fokus. depands pada jenis make up , tema and corak yang kita nak. Jom kita tengok antara contoh make up yang menggunakan 'airbrush' :)





 Macam nie lah hasilnya. nampak smooth je kan.. Tone warna lebih cantek dan menarik. Untuk corak atau design make up kita boleh buat pada sekeping kertas then letakkan je dekat muka n semburkan warna menggunakan mesin 'airbrush' jep. Tapi seni tangan sangat penting ! :)

Jom kita jenguk apa itu 'Avant Garde'. Kalau ikut kamus, ia bermaksud kumpulan yang membawa pembaharuan. Solekannya lebih tertonjol pada mata. selain itu, warna yang digunakan kebiasaannya ialah warna yang cemerlang :)




Friday, 20 April 2012

I LovE my Job :) weee...... ~_^

Assalamualaikum... :) selamat pagi...
Mulakan hari-hari kita dengan senyuman, insyaallah.. semua yang dirancnagkan akan berjala lancar. Untuk minggu ni tak ada make up. boleh relex and tenangkan minda kejap. hehe... yela.. Make up nie just buat part time dulu. nak sepenuhnya tak boleh lagi sebab masa tak mengizinkan lagi. InsyaAlah kalau diberikan kesempatan teringin nak fokus pada make up lebih. :) 

nie la hasil kerja tangan saya.. :) banyak lagi yang ada. tapi tak semua sempat ambil gambar.;p



Ini pula adalah make up nikah, tunang dan photoshoot. :)

Ini pula adalah hasil make up untuk shooting dan dinner. untuk apa-apa jenis function boleh :)


Ini adalah antara makeup sanding dan juga bertandang. :)

kalau di lihat masih banyak kekurangan, tapi sya akan cuba untuk perbaiki dari masa ke semasa insyaAllah. :) orang kata belajar biar dari bawah kan. hehe..

Wednesday, 4 April 2012

Alhamdulillah :)

Assalamualaikum.... :)

Pagi, morning.... hehe.. Alhamdulillah.. masuk je bulan April.. rasa sangat bahagia.. wahh.. biasa la. dah nak dekat my birthday.. Harap-harap dimurahkan rezeki la lepas ni.. Amin.. :) one more thing is.. dah habis belajar.. yeeehooo.. habis je paper teros bergerak balik kedah, before samp kedah sampai penang dulu.. jalan-jalan penang tengok pantai lagi lagi lagi bertambah tenang.. ang what i never forget is , i meet my friends at penang.. and so suprise, he's gave me a present..:) so happy... thanks... :)


I've got this.. :)
Hope friendship forever. amin .. :)