http://www.facebook.com/pages/MiSs-Q-makeup-Quraisya-Hussain/151127591656671

Wednesday, 27 March 2013

My Secret health and Beauty :) Lets share it :)

Asslamualaikum, sekian lama tak update apa-apa pun kat blog ni.. sunyiiiii sepiii rasa.. huhu... Tapi pun bukan retis nak upadate selalu and orang nak tengok, cuma dah macam diari sendiri la rasa nak tulis apa, nak cerita pa and nak kongsikan apa dengan blog nie la. itu pun bila ada masa lapang. Alhamdulillah, lepas dah kerja ni agak sibuk sikit tapi masih ada ruang untuk tulis blog ni.. :) cuba curik waktu ni.. hehehee..

Hari-hari biasa pagi sampai petang sibuk untuk mengajar, bila dah balik rumah takde la sibuk nak menjaga anak dengan suami kan sebab bujang lagi, hehee.. Kadang-kadang malam kena meeting pula. haaa, meeting apakah? meeting oke, bukan 'dating' :) oke, meeting pasal apa nanti sya cerita, haishh, tetiba macam blank plak otak nie yang mana dulu nak mula cerita. hehe...

First, memang sya suka sembang bab kecantikan, hehe.. bila ada benda yang baik ni sya nak kongsikan la dengan semua. kali ni bukan untuk golongan wanita sahaja, tetapi sesuai untuk semua golongan. Tak kira la lelaki, tua, muda atau kanak-kanak. sebenarnya bukan untuk kecantikan semata-mata, tapi untuk kesihatan juga. jom tengok apa kebenda kan :)

Taaa daaa..... Ini la benda tu, " PHHP Phyto Fiber". Memang besstt.. Mula-mula sya minum sya cuba set percubaan dulu, ada 3 pack dalam 1 shaker. Nak minum ada cara mengikut setiap orang. sya minum untuk kesihatan, cuci usus perut kita. yela, dr kecik makan, dah la makan macam2 yang belum tentu sehat kan.. hihihi.. pastu tak plak pernah nak cuci. Bila dah jumpa fiber nie, try la dulu. Mula takot sebab perut sya ni susah nak terima benda-benda yang pelik, takot nanti masalah plak. tapi bila dah yakin baru cuba :) Lepas satu paket try, memang terus dapat rasa kesan, kesannya sakit perut nak membuang la.. heheee.. tapi... memang rasa selesa, badan rasa ringan. 

Fiber ni bila kita minum, lepas 8 hingga 12 jam kita akan rasa nak membuang la. jadi.. untuk yang nak minum untuk kesihatan atau bertujuan mencuci perut boleh minum bila-bila masa saja.

Untuk yang minum bertujuan diet, boleh ambil fiber ni sebelum waktu makan tengah hari :) tujuannya, perut akan kurangkan rasa lapar dan terasa kenyang je :) 

Sehari amalkan 1 paket je. Bila dah lama amalkan, kalau rasa nak selang sehari minum pun oke, tak perlu ambil tiap-tiap hari :)

Lepas beberapa bulan sya minum dan amalkan fiber ni, hasilnya, berat badan sya turun 2 kg. 3 bulan macam tu la. Adik sya pula, lepas dia cuba sekotak, dia rasa yang jerawat dia kurang naik sebab sebelum ni mungkin perut kurang bersih, bila makan apa-apa dia dapat effect kat kulit. :)

Tapi sya tak teruskan amal makan fiber je, lepas 6 kotak sya amalkan fiber, sya stop, lepas 2 minggu stop sya mula ambil collagen pula. :) sebelum ambil collagen, sebaiknya kita mulakan dengan fiber untuk cuci usus perut kita dulu sebelum minum fiber. Kalau kita tak cuci usus kita yang dah tak tau apa rupa kekotorannya, tak guna juga kita ambil collagen sebab perut kita nak proses, jadi perlu la kita bantu ringankan beban dia :)




Ni la usus kita, panjangggg.. bersimpul-simpul, apa yang kita makan semua akan lalui usus untuk berlaku proses pembuangan. Kita perlu tau yang usus kita ni perlu la dicuci juga, macam longkang la.. hehehehe.. kasar cket ayat nie ;p tapi inilah kenyataan, bila lama-lama kita sumbat macam-macam dalam longkang dan tak pernah cuci mesti tersumbat dan kotor kan. Kalau usus kita pula, badan kita la yang akan mudah sakit. Satu lagi, kalau usus kotor, muka kita pun akan nampak tak bermaya dan proses penuaan akan lebih cepat terjadi. Untuk yang suka ambil bermacam0macam vitamin atau ubatan untuk kecantikan dan kesihatan, sebaiknya amalakan fiber ni untuk mendapat hasil yang lebih baik dan pada benda-benda tak elok kita buang la kan :)




Ini la PHHP "Ophira Collagen" . ada dua perisa, Original dengan berry. Serius memang sedap, sekali minum mesti nak lagi la..hehee.. jangan risau, produk ni 'hala'. Sebab tu sya amalkan and boleh minum :) Jom sya cerita apa kesan dia kat sya, actually, setiap orang lain kesannya.. ikot badan masing-masing, tp memang oke collagen ni. :) lepas 2 kotak sya amalkan, sya dapat rasa kulit makin lembab, segar, dan cerah. rambut pun kurang gugur. blackhead pada muka pun kurang. Untuk yang ada masalah jeragat memang collagen ni sangant membantu :) selain itu, collagen ni juga, cepat untuk penyembuhan luka :)





Antara testimoni collagen selepas 2 minggu. :) Jom , sape yang tak cuba lagi boleh la cuba,tak rugi mencuba, kita menjaga semampu kita :)


PHHP Izumi ( Penjagaan Kulit Muka )














Wednesday, 21 November 2012

Grooming Executive Program

Assalamualaikum.. :)

Syukur sangat sebab dah selesai satu 'Talk Program' dengan pelajar UITM Penang baru-baru nie. Seminggu selepas dapat tau yang  program tu confirm akan diadakan sangatlah 'nervous'. Kena pula minggu tu sangat buzy dengan makeup dan majlis perkahwinan makyang. Persediaan nak ke UITM semuanya terpaksa buat 'last minute'.. adoyaii.. Nasib la dapat bantuan dari ketua pelajar yang uruskan program tu.. fuuhh..  Yana.. Thanks sangat sebab permudahkan kerja saya :)

Apa yang disediakan adalah sedikit note untuk bercakap dan note tentang solekan untuk peserta. Alhamdulilah.. Semuanya berjalan lancar. Peserta yang terlibat semuanya memberi kerjasama yang baik ~_^

Apa yang ada, dikongsikan bersama dan rasa happy bila dapat menjawab semua pertanyaan mereka dengan baik dan diharapkan semua peserta berasa puas hati :) Pengalaman pertama yang dirasakan bila berada di hadapan orang ramai untuk bercakap dan dalam masa yang sama membuat demo solekan bukanlah mudah tapi bila semua beri kerjasama yang baik, perasaan yang bercampur baur semuanya hilang :)

Jom usha apa yang jadi dan suasana masa program tu :)




get ready ye :)



Cakap tanpa mike sebab tiba2 mike buat hal.. kene la kuatkan suara yang tak berapa nak kuat ni ;p


Selesai saja demo. Bila di tanya ada soalan atau tak, semua diam tak ada soalan, tapi lepas sorang peserta memberanikan diri bertanya, yang lain pun mula bertanya lagi. Rupanya banyak soalannya. hehehe.. Tapi sya faham.. Sebab sya pun pernah rasa apa yang peserta rasa. tapi semua peserta memang 'sporting habis' thank you :)





Akhir sekali, Puan Nurul datang menyampaikan cenderahati. Terima kasih Puan Nurul, moga dapat berjumpa lagi :) InsyaAllah :)


Sentuhan QH ( Quraisya Hussain) :)

Assalamualaikum..

Alhamdulillah.. Inilah yang dinamakan rezeki di mana-mana :)

Untuk tempahan makeup , boleh terus hubungi

Miss Q ( Sha ) : 017 - 599 5890

atau

Email : e_sya9588@yahoo.com

Make up Tunang










Makeup Nikah








Ini adalah hasil kerja tangan saya :) antara solekan untuk tunang dan nikah. sentuhan yang dikenakan saya lebih memilih pada warna soft dan tidak terlalu berat. tetapi, jika pengantin meminta untuk mengenakan solekan yang lebih menonjol saya akan mengikut kehendak si pengantin. :)



Sunday, 29 July 2012

Alhamdulillah . Done ! :)

Assalamualaikum.. :) 
Lama dah tak update blog :) last week busy sangat sebab nak siapkan report and busy dengan kerja-kerja luar pulak untuk last week macam tu. Tapi,..... Alhamdulillah.. sekarang nie rasa lega, relex yang teramat  sangat lepas dah habis study :) Done Study! Done Report and Done VIVA ! yeaahhhh. Now officially done my study and menjadi penganggur terhormat la. heheheh.. Tunggu kerja la pulak. Harap-harap dapat la kerja yang baik untuk diri ini. amin :) 

Alhamdulillah... semester 4 dapat dekan. Betul-betul tak percaya sebab result memang tak ambil lagi. ingat nak ambil time VIVA. tetiba Sir mantion nama kat Facebook dia pulak. tapi tak tengok pun. yang boleh tau pun sebab Sarah bagi tahu :) Alhamdulillah.. rasa bersyukur sangat. :) Berkat usaha and Doa selama nie Allah makbulkan :) memang banyak dugaan masa semester 4. Rupanya inilah dikatakan hikmahnya. So, memang kita kena percaya 'Setiap apa yang berlaku dalam kehidupan kita, pasti akan ada hikmahnya yang kita sendiri tak tahu' :)

Selama 3 bulan praktikal di Kolej Komuniti Sungai Petani.. Macam-macam benda baru dapat belajar.. Seronok sangat bila dapat bekerja dengan pensyarah yang pernah mengajar kita dulu and kita dah kenali. Praktikal pula menjadi tenaga pengajar.. memang satu benda baru dalam hidup. Bukan senang nak mendidik orang. Diri sendiri pun kena penuh ilmu and kena rajin mentelaah ilmu untuk dikongsikan bersama. Mula-mula masuk kelas memang sangat 'nervous'  sebab nak buat benda yang tak pernah buat kan, hehe... Seronok bila dapat mengajar dalam bidang yang kita belajar and minat. :) alhamdulillah. hampir 4 tahun lebih dalam bidang kecantikan nie, apa ilmu yang ada nie, sudah dikongsikan dengan my students. mula-mula diaowg memang macam degil cket,:) tapi bila dah lama-lama serasi and happy dengan diaowg. Bila dah habis nie, rindu pulaaa :( 

Time praktikal, time weekend jep kadang-kadang kena terlibat dengan aktiviti luar. tapi sebab duk uamh je boleh la. tak kesah sangat, tapi kalo duk jauh dari kampung, weekend mesti rasa nak balik sebab rindu kat parents kann..  harap-harap lepas nie tak dapat jauh sangat la tempat kerja :)
















Nie la antara aktiviti time praktikal hari tu. banyak lagi kalau nk diikutkan.. tapi ada yang tak sempat nak ambil gambar.. hehe. Memang kerja lebih masa and lebih hari. tapi semua tu seronok and paling seronok dapat belajar benda baru :) Orang kata dalam apa-apa pekerjaan pun kita buat mesti fikir positif :) Dalam sibok-sibok dengan aktiviti kolej, sempat juga curi masa p UITM Penang buat Demo makeup and Demo Tudung :) 
Dua hari sebelum baru dapat tau kena buat talk. Dengan rumah nak kenduri lagi, dengan nk buat jualan.. huhuhuhu.. memang kalut sangat.. nasib time tu adik balik dengan kawan dia. Ada la juga pembantu yang dapat ringankan beban. hihihihi..




Apa-apa yang kita buat, paling utama adalah keikhlasan. InsyaAllah mesti boleh lakukan dengan baik. Sebenarnya sya bukan dapat benda baru saja, tapi dapat lebih pertingkatkan diri dalam berkomunikasi dengan orang ramai dan secara tak langsung dapat mengisi masa yang tak tau nak buat apa kannn :)
tamat praktikal 20 Julai 2012 memang sedih. Tapi 25 Julai 2012 tamat belajar lepas habis VIVA. Mula SIr buat kejutan dengan mengatakan kami gagal. Tapi last sekali dia pun bgtau benda yang betul. Ya Allah.. rasa lega sangat :)








Inilah rakan-rakan saya yang sesama praktikal :)