http://www.facebook.com/pages/MiSs-Q-makeup-Quraisya-Hussain/151127591656671

Tuesday 12 June 2012

Manjakan Diri di Rumah :)

Assalamualaikum... Salam Rabu.. :)

Alhamdulillah.. dah nak masuk 2 bulan praktikal kat sini... semuanya  berjalan lancar. :) wahh.. macam baru lepas majlis kawin pula. hehee.. Now, rasa macam boring sikit sebab students dah habis belajar, last week diaorang last paper. sekarang ni, kat kolej duk dalam bilik buat kerja sendiri. Kadang-kadang ada juga kerja pensyarah SKD bagi, tak la rasa bosan sangat.

Bila bosan je dekat opis nie, mula la nak mencari bahan-bahan tentang beauty nie.... :) Ramai yang tanya sya, tapi kadang-kadang tak sempat nak jawab sebab buzy dengan aktiviti luar. Dah namanya komuniti kan, terpaksa la sibukkan diri dengan kerja-kerja luar. tapi seronok juga, sebab sya pun suka pada kerja-kerja luar. :) letih memang la letih tapi sebab minat and kerja dengan ikhlas la katakan.. hehe.. kurang la rasa penat 2. :)

Bila sibuk diri sendiri mula abaikan. Tidur tak cukup, rehat pun tak cukup tapi.. makan InsyaAllah cukup. hehehe.. Bila ada masa manjakan diri sendiri je la. Nak ke salun tak sempat. nak kena prepare masa yang lama. So, nak cepatkan buat sendiri je kat rumah. Mudah je nak manjakan diri sendiri sebenarnya, cuma rajin dengan tak je. Bukan kita tak boleh buat and tak tahu nak buat, tapi sikap malas tu lebih kuat kan3.. hehe...

Jom kita tengok apa yang boleh kita buat.. :)


Okey, firstly, manjakan diri dengan merendamkan kaki dengan air suam. Orang kata urat saraf kita semua bermula dari kaki. So, kita rendamkan la kaki ye.. hehehe.. Jangan terlalu panas sebab  rendam untuk relexkan, tapi nanti terbalik pula jadi tension sebab tahan panas kan :) selain itu, kita boleh menggunakan aromaterapi untuk tenangkan minda yang mendapat tekanan bila bekerja. terdapat pelbagai jenis aromaterapi boleh digunakan dan ia juga terdapat pelbagai jenis kegunaan mengikut jenis masalah yang dihadapi.

Antara minyak aromaterapi untuk hilangkan stress dan untuk relex:

  1. Kayu Cendana
  2. Pepermint
  3. Chamomile
  4. Lavender
Cara menggunakan aromaterapi juga mempunyai kaedahnya sendiri antaranya melalui mandian,tuam,hidu dan sebagainya mengikut masalah yang dihadapi. Cara untuk menghilangkan stress dengan merendam kaki ialah dengan memasukkan air suam dalam satu bekas untuk merendam kaki. masukkan beberapa titik dalam bekas dan ratakan seluruh air. Rendamkan kaki dalam masa 30 minit sambil merehatkan diri. Cara itu juga boleh membuatkan kita bau dan ia akan menenangkan minda. 



Ini pula cara untuk aromaterapi dalam rumah atau bilik. Untuk sesiapa yang dah de rumah sendiri senang la nak buat, kalau duk dengan family susah la sikit, takut-takut ada yang tak suka bau yang kita suka. Pastikan pilih aromaterapi yang betul ye.. Kalau sya, sya suka Lavender.. :) Tak perlu la nak pasang hari-hari. pasang bila hari cuti and time kita spend time kat rumah je oke.  Dalam bilik tidur pun boleh, Nak2 lagi time nak tidur kan.. bila relex senang la nak tidur. Sya nie lagi la.. jenis yang susah tidur. hehehe.. Next, apa pula sya nak buat ye... hehehe....





Nie pula skrub untuk muka. Skrub muka tak perlu guna macam pencuci muka. seminggu sekali je guna. UUntuk buat kulit mati kat muka kita. Untuk muka liang roma muka kita untuk relexkan.. Skrub kalau dipakai hari-hari boleh rosakkan kulit muka sebab dia punya tekstur kasar. untuk yang kulit sensetif pilih skrub yang lebih halus ye :) Orang kata ' Yang mahal tak semestinya bagus, yang murah tak semestinya tak baguskan' hehehe... Tak perlu nak habiskan duet untuk beli produk yang terlalu mahal padahal kulit kita belum tentu sesuai kan :)...Selain itu, kita boleh juga nak buat skrub sendiri. tak susah pun, dalam internet pun boleh cari. Antaranya menggunakan beras yang dibland samapi halus kemudian campurkan dengan bahan-bahan yang sesuai dengan kulit kita. Pastikan sesuai sebab takut untuk yang sensetif kalau silap campuran nanti lain pula jadinya..kan....lepas gunakan skrub apa yang sya buat... nextttt.........










Yang nie la next pula.. :) Sya pakai mask. Actually face mask nie ada banyak jenis, ikut individu la ye nak yang macam mana...hehe.. Nie pun kalau sya rajin je sya pakai mask. Selalunya malas. hehe.. Nak lebih baik gunakan mask 2 minggu sekali. Kegunaannya pun banyak.. kita pilih ikut kulit kita. Nak bagi putih ke, nak bagi lembap ke, muda, dan macam-macam. Boleh cari kat Watsons or Guardian dan boleh juga dibuat sendiri :) tapi bagi sesiapa yang rajin la kan.. macam sya nie malas.. so beli je yang di siapp.. hehe....



Okey.. Yang nie pula adalah barang atau produk yang sya akan bawa ke mana saja sya pergi. Dia sangat membantu kecantikan diri sya bukan saja luaran tapi juga dalaman. Dulu pun sya tak berani nak makan sebab takut effect lain yang  jadi.. mesti ramai yang rasa macam apa yang sya rasa kan :) tapi kalau tak cuba kita tak tahu.. So, beranikan diri ambil CVO nie. Mula-mula makan tetiba jerawat naik 3 4 biji pula. Risau sangat.. tapi dapat nasihat supaya teruskan ambil jangan berhenti. Alhamdulillah.. lepas sebulan ambill VCO, memang nampak kesannya. Penghadaman yang sangat senang, period pun teratur and yang paling..paling sya suka... bila time nak datang period kebiasaannya kita akan naik jerawat comel kan. tapi sejak sya amalkan VCO. Syukur sangat sebab jerawat comel tu dah tak keluar.. :)

Sampai sekarang sya still amalkan VCO and sya juga jadikan vitamin untuk muka. Dah tak boleh kira berapa botol dah sya ambil..hehehe... Banyak dahh....Sya pecahkan sebiji dan minyak dia sya sapu kat muka. Sebulan sekali sya buat la.... lepas dari kesan-kesan yang baik sya terus jual kat orang pula, Ye la.. orang kata benda baik kita berkongsikan.. Alhamdulillah.. ramai yang makan and mendapat respon yang baik. Suka sangat bila boleh berkongsi something dengan orang and boleh buat orang pun happy. wink.wink ~_^

Jangan lupa, kecantikan seseorang wanita tu perlula seimbang. Maksud sya, luaran dan dalaman. Bukan kita akan cantik dengan produk, produk hanya membantu sahaja. Jangan tinggalkan solat,wuduk pun boleh buat kulit muka kita lebih berseri dari produk kecantikan.. hehehe....and selalu ikhlas dan hati bersih. InsyaAllah, kita akan sentiasa nampak cantik dan disenangi. :)