http://www.facebook.com/pages/MiSs-Q-makeup-Quraisya-Hussain/151127591656671

Monday 10 June 2013

World of Beauty ! ;)

Assalamualaikum.. 

Lama sudah tak menulis, mengarang kat blog ni. Sampai tak tau mana satu nak mula mengarang cerita nieh. Oke untuk kali ni nak story pasal 'freelance makeup' la. this is my part time job. Ambil time weekend je la sebab hari lain bekerja, so tak boleh la nak campur adukkan. Minat yang mendalam tentang kecantikan yang boleh bermula menapak dalam dunia ni. Bukan dunia glamor oke. ^_^ even di panggil dalam dunia seni juga kan. Seni lukisan je.. hehee

Bermula 2010 membuat 'freelance makeup' untuk pengantin. tak kira la makeup tunang, nikah, persandingan, majlis-majlis formal dan sebagainya. Masa buat 'freelance makeup ni still study, so tak boleh nak ambil terlalu banyak booking. Lagipun permulaan memang tak banyak dapat job. Alhamdulillah, bila hasil kerja ikhlas dari hati dan mendapat pujian, penyebaran dari mulut ke mulut mula mendapat sambutan. Pendek kata 'bukan senang nak senang, bukan susah juga kalau nak susah'.  Yang penting kesabaran yang tinggi diperlukan.

Sekarang pun bukan la terlalu hebat apa yg nak diceritakan, cukup lah sekadar minat dan seronok bila kita nak solekan seorang pengantin yang menjadi raja sehari dan dapat melihat keceriaan wajah si pengantin. dapat berkenalan dengan ramai orang dan mengeratkan lagi silaturahaim sesama islam. Alhamdulillah, walaupun dapat mengajar kontrak di KKSP, tetapi dapat berkongsi ilmu dan dapat juga belajar penambahan ilmu baru dalam bidang kecantikan. Belajar dalam kecantikan, dapat pekerjaan pun dalam bidang yang sama. Syukur sebab rezeki tu sentiasa ada jika selalu berdoa denganNYA.

Yang seronoknya, bila kerja macam ni berpeluang ke tempat-tempat yang sebelum ni tak pernah sampai lagi even still dalam Malaysia la. hehee.. tapi buat masa sekarang ni job untuk solekan lebih dan tertumpu pada kawasan Kedah dan Penang. Disebabkan masa yang terhad, tempat yang jauh susah lagi nak sampai. Tapi sebelum kerja ni, alhamdulillah.. dah makeup sampai ke Sepang dah. yang paling seronok semua hasil kerja mendapat sambutan. Bukan saja di kalangan golongan muda, tapi golongan vateran pun suka dengan hasilnya. Terima kasih :)








Jom usha hasil kerja conteng2 di muka orang untuk 2013


Solekan pengantin  bersanding atau bertandang. Boleh mengikut citarasa dan permintaan dari pelanggan.

 Solekan untuk pertunangan atau ke majlis-majlis. Juga sesuai untuk solekan nikah.




 Solekan untuk photoshoot outdoor.

 Solekan majlis persandingan atau bertandang.

Solekan photoshoot studio. Juga sesuai untuk majlis formal. 

Itu antara contoh solekan yang ditunjukkan. Untuk melihat lebih banyak hasil solekan boleh layari page di facebook.


Kat sana banyak lagi gambar solekan, tips kecantikan yang akan di kongsikan. Untuk bride to be yang nak mendapatkan nasihat atau pendapat boleh saja PM di page. In shaa Allah setiap pertanyaan akan dijawan dengan baik dan berharap agar setiap apa yang dikongsikan dapat membantu :)

Ini la rupa page tu :) Alhamdulillah, ramai yang support. terima kasih semua. Jangan lupa like oke. :) Nanti mungkin ada promosi makeup boleh la dapat peluang tu kalau selalu update dengan MIss Q :)

This is my bagasi makeup laa.. hehee.. Semua boleh masukkan. Lengkap semua. tp kalau di angkat boleh naik muscle. hehee..  Senang kerja la semua dalam 1 beg. Beg ni la my life.. kalau hilang boleh jadi tak tentu arah ni. Hasilnya selama ni minat dengan solekan dikumpul sampai jadi macam ni la. pantang je nampak barang-barang tentang solekan yang elok and bagus, mesti nak beli. tak shopping baju sangat pun takpe, janji makeup penuh je ^_^ padahal tuan punya diri pun tak suka makeup sangat, maybe ini lah yang dikatakan kepuasan kannn.. Main dengan hobi ni semua orang sanggup korbankan tak kira masa mahupun wang ringgit :)

Ini pun part time job juga. Weekend kalau tak de makeup kena la jadi penceramah untuk solekan. Alhamdulillah, semua orang memberi kerjasama yang baik. :) Untuk sesiapa yang berminat nak sertai kursus persolekan boleh PM di page atau pun call/watsapp/text 017 599 5890 (Miss Q) ye. thank you :)













Ini adalah antara respon baik yang dapat. alhamdulillah, selama dalam bidang ni, makin hari makin cuba untuk memperbaiki kelemahan yang ada dan mempelajari benda baru. Sorry la ye sebab tulisan terkecil pula bila masuk dalam ni.. hehee...  Kalau nak tengok lebih jelas boleh tengok di page Miss Q makeup. Semuanya ada di sana. Lebih banyak hasil yang menarik.

Ramai yang menyatakan solekan ni susah, ada juga yang menyatakan yang solekan ni senang saja. Tapi itu terpulang pada pendapat masing-masing.

Tapi pada pendapat sendiri, solekan ni ada kedua-duanya sekali. Nak kata senang tak juga senang kalau kita tak pelajarainya. Nak memakai bedak asas atau dipanggil 'foundation' bukan main bedal je.. kena la ambil tahu jenis kulit pelanggan, sama ada kering, berminyak atau sebagainya. Selain itu, faktor warna kulit juga perlu bijak memilih warna dan mencampurkan warna. Bukan semua bedak ada semua jenis warna kulit. Rumit tak.. heheee.. kalau dia biasa InsyaAllah mudah la :) itu baru bahagian bedak, untuk bahagian mata pula, benda yang perlu kita ambil berat adalah bentuk mata iaitu teknik memakai pembayang mata, serta pemilihan warna untuk sesuai ke majlis yang ingin di hadiri.

Kalau nak kata susah tu tidak juga, kalau dah minat, apa-apa kerja pun insyaAllah boleh dilakukan dengan baik JIKA semuanya ikhlas dari hati ;) Dan dari minat dan kerja yang ikhlas kadang-kadang semua idea tu akan lahir dengan sendirinya dan dalam masa yang sama kita dapat menghasilkan kerja yang baik. So, kalau nak tau lebih terperinci kena la sertai kelas ye. hehee.. Sebab nak bercerita dalam ni saja memang panjang la. heeee.. ada je kursus join la, tak kira kat mana pun, tapi pastikan tak ditipu la ye.. :)

HOBI HOBBY :)

Taa daaa.... Yang ini lah hobi. hehehe.. Hobi suka membaca novel sebenarnya. So kalau keluar mestilah kedai buku tempat wajib yang akan masukkan. Bila dah masuk tu mesti akan cari buku kecantikan juga. hehee.. Dah namanya minat tak boleh buat apa la. Even buku ni dah lama keluarannya, tapi tak pernah rasa rugi nak membelinya.tak ada istilah rugi kalau namanya ilmu kan :) Nasib la Puan Sri dengan Tuan Sri faham anak dia macam mana kan. hehe.. Layan kan aje la.. Supportive ^_^

Bila dah beli buku apa lagi, mestilah nak mentelaah.. masa lapang yang ada kalau tak ada job makeup atau xde appoiment, akan manjakan diri dalam bilik la mentelaah buku kecantikan atau pun novel. hehee.. Kecantikan ni satu bidang yang sangat luas, even kita rasa kita dah banyak belajar pasal kecantikan, tp still ada saja benda baru yang kita kadang-kaang tertinggal. cepat oke like fashion juga meyhhh.. ehee.. Kena la dengan bidang kerja sebagai pensyarah kecantikan, lagi la banyak benda nak kena mentelaah sebabnya kita nak berkongsi banyak ilmu dan nak meyebarkan ilmu kan. itu pun rasa macam tak cukup lagi ilmu nak mengajar. huhuhu..




Itu lah sedikit sebanyak yang dapat diceritakan. Apa yang rasa nak karang, karang aje.. hehee.. InsyaAllah kalau diizinkanNYA, panjang umur akan di update lagi untuk tajuk seterusnya.. :)



Wednesday 27 March 2013

My Secret health and Beauty :) Lets share it :)

Asslamualaikum, sekian lama tak update apa-apa pun kat blog ni.. sunyiiiii sepiii rasa.. huhu... Tapi pun bukan retis nak upadate selalu and orang nak tengok, cuma dah macam diari sendiri la rasa nak tulis apa, nak cerita pa and nak kongsikan apa dengan blog nie la. itu pun bila ada masa lapang. Alhamdulillah, lepas dah kerja ni agak sibuk sikit tapi masih ada ruang untuk tulis blog ni.. :) cuba curik waktu ni.. hehehee..

Hari-hari biasa pagi sampai petang sibuk untuk mengajar, bila dah balik rumah takde la sibuk nak menjaga anak dengan suami kan sebab bujang lagi, hehee.. Kadang-kadang malam kena meeting pula. haaa, meeting apakah? meeting oke, bukan 'dating' :) oke, meeting pasal apa nanti sya cerita, haishh, tetiba macam blank plak otak nie yang mana dulu nak mula cerita. hehe...

First, memang sya suka sembang bab kecantikan, hehe.. bila ada benda yang baik ni sya nak kongsikan la dengan semua. kali ni bukan untuk golongan wanita sahaja, tetapi sesuai untuk semua golongan. Tak kira la lelaki, tua, muda atau kanak-kanak. sebenarnya bukan untuk kecantikan semata-mata, tapi untuk kesihatan juga. jom tengok apa kebenda kan :)

Taaa daaa..... Ini la benda tu, " PHHP Phyto Fiber". Memang besstt.. Mula-mula sya minum sya cuba set percubaan dulu, ada 3 pack dalam 1 shaker. Nak minum ada cara mengikut setiap orang. sya minum untuk kesihatan, cuci usus perut kita. yela, dr kecik makan, dah la makan macam2 yang belum tentu sehat kan.. hihihi.. pastu tak plak pernah nak cuci. Bila dah jumpa fiber nie, try la dulu. Mula takot sebab perut sya ni susah nak terima benda-benda yang pelik, takot nanti masalah plak. tapi bila dah yakin baru cuba :) Lepas satu paket try, memang terus dapat rasa kesan, kesannya sakit perut nak membuang la.. heheee.. tapi... memang rasa selesa, badan rasa ringan. 

Fiber ni bila kita minum, lepas 8 hingga 12 jam kita akan rasa nak membuang la. jadi.. untuk yang nak minum untuk kesihatan atau bertujuan mencuci perut boleh minum bila-bila masa saja.

Untuk yang minum bertujuan diet, boleh ambil fiber ni sebelum waktu makan tengah hari :) tujuannya, perut akan kurangkan rasa lapar dan terasa kenyang je :) 

Sehari amalkan 1 paket je. Bila dah lama amalkan, kalau rasa nak selang sehari minum pun oke, tak perlu ambil tiap-tiap hari :)

Lepas beberapa bulan sya minum dan amalkan fiber ni, hasilnya, berat badan sya turun 2 kg. 3 bulan macam tu la. Adik sya pula, lepas dia cuba sekotak, dia rasa yang jerawat dia kurang naik sebab sebelum ni mungkin perut kurang bersih, bila makan apa-apa dia dapat effect kat kulit. :)

Tapi sya tak teruskan amal makan fiber je, lepas 6 kotak sya amalkan fiber, sya stop, lepas 2 minggu stop sya mula ambil collagen pula. :) sebelum ambil collagen, sebaiknya kita mulakan dengan fiber untuk cuci usus perut kita dulu sebelum minum fiber. Kalau kita tak cuci usus kita yang dah tak tau apa rupa kekotorannya, tak guna juga kita ambil collagen sebab perut kita nak proses, jadi perlu la kita bantu ringankan beban dia :)




Ni la usus kita, panjangggg.. bersimpul-simpul, apa yang kita makan semua akan lalui usus untuk berlaku proses pembuangan. Kita perlu tau yang usus kita ni perlu la dicuci juga, macam longkang la.. hehehehe.. kasar cket ayat nie ;p tapi inilah kenyataan, bila lama-lama kita sumbat macam-macam dalam longkang dan tak pernah cuci mesti tersumbat dan kotor kan. Kalau usus kita pula, badan kita la yang akan mudah sakit. Satu lagi, kalau usus kotor, muka kita pun akan nampak tak bermaya dan proses penuaan akan lebih cepat terjadi. Untuk yang suka ambil bermacam0macam vitamin atau ubatan untuk kecantikan dan kesihatan, sebaiknya amalakan fiber ni untuk mendapat hasil yang lebih baik dan pada benda-benda tak elok kita buang la kan :)




Ini la PHHP "Ophira Collagen" . ada dua perisa, Original dengan berry. Serius memang sedap, sekali minum mesti nak lagi la..hehee.. jangan risau, produk ni 'hala'. Sebab tu sya amalkan and boleh minum :) Jom sya cerita apa kesan dia kat sya, actually, setiap orang lain kesannya.. ikot badan masing-masing, tp memang oke collagen ni. :) lepas 2 kotak sya amalkan, sya dapat rasa kulit makin lembab, segar, dan cerah. rambut pun kurang gugur. blackhead pada muka pun kurang. Untuk yang ada masalah jeragat memang collagen ni sangant membantu :) selain itu, collagen ni juga, cepat untuk penyembuhan luka :)





Antara testimoni collagen selepas 2 minggu. :) Jom , sape yang tak cuba lagi boleh la cuba,tak rugi mencuba, kita menjaga semampu kita :)


PHHP Izumi ( Penjagaan Kulit Muka )