http://www.facebook.com/pages/MiSs-Q-makeup-Quraisya-Hussain/151127591656671

Sunday 29 July 2012

Alhamdulillah . Done ! :)

Assalamualaikum.. :) 
Lama dah tak update blog :) last week busy sangat sebab nak siapkan report and busy dengan kerja-kerja luar pulak untuk last week macam tu. Tapi,..... Alhamdulillah.. sekarang nie rasa lega, relex yang teramat  sangat lepas dah habis study :) Done Study! Done Report and Done VIVA ! yeaahhhh. Now officially done my study and menjadi penganggur terhormat la. heheheh.. Tunggu kerja la pulak. Harap-harap dapat la kerja yang baik untuk diri ini. amin :) 

Alhamdulillah... semester 4 dapat dekan. Betul-betul tak percaya sebab result memang tak ambil lagi. ingat nak ambil time VIVA. tetiba Sir mantion nama kat Facebook dia pulak. tapi tak tengok pun. yang boleh tau pun sebab Sarah bagi tahu :) Alhamdulillah.. rasa bersyukur sangat. :) Berkat usaha and Doa selama nie Allah makbulkan :) memang banyak dugaan masa semester 4. Rupanya inilah dikatakan hikmahnya. So, memang kita kena percaya 'Setiap apa yang berlaku dalam kehidupan kita, pasti akan ada hikmahnya yang kita sendiri tak tahu' :)

Selama 3 bulan praktikal di Kolej Komuniti Sungai Petani.. Macam-macam benda baru dapat belajar.. Seronok sangat bila dapat bekerja dengan pensyarah yang pernah mengajar kita dulu and kita dah kenali. Praktikal pula menjadi tenaga pengajar.. memang satu benda baru dalam hidup. Bukan senang nak mendidik orang. Diri sendiri pun kena penuh ilmu and kena rajin mentelaah ilmu untuk dikongsikan bersama. Mula-mula masuk kelas memang sangat 'nervous'  sebab nak buat benda yang tak pernah buat kan, hehe... Seronok bila dapat mengajar dalam bidang yang kita belajar and minat. :) alhamdulillah. hampir 4 tahun lebih dalam bidang kecantikan nie, apa ilmu yang ada nie, sudah dikongsikan dengan my students. mula-mula diaowg memang macam degil cket,:) tapi bila dah lama-lama serasi and happy dengan diaowg. Bila dah habis nie, rindu pulaaa :( 

Time praktikal, time weekend jep kadang-kadang kena terlibat dengan aktiviti luar. tapi sebab duk uamh je boleh la. tak kesah sangat, tapi kalo duk jauh dari kampung, weekend mesti rasa nak balik sebab rindu kat parents kann..  harap-harap lepas nie tak dapat jauh sangat la tempat kerja :)
















Nie la antara aktiviti time praktikal hari tu. banyak lagi kalau nk diikutkan.. tapi ada yang tak sempat nak ambil gambar.. hehe. Memang kerja lebih masa and lebih hari. tapi semua tu seronok and paling seronok dapat belajar benda baru :) Orang kata dalam apa-apa pekerjaan pun kita buat mesti fikir positif :) Dalam sibok-sibok dengan aktiviti kolej, sempat juga curi masa p UITM Penang buat Demo makeup and Demo Tudung :) 
Dua hari sebelum baru dapat tau kena buat talk. Dengan rumah nak kenduri lagi, dengan nk buat jualan.. huhuhuhu.. memang kalut sangat.. nasib time tu adik balik dengan kawan dia. Ada la juga pembantu yang dapat ringankan beban. hihihihi..




Apa-apa yang kita buat, paling utama adalah keikhlasan. InsyaAllah mesti boleh lakukan dengan baik. Sebenarnya sya bukan dapat benda baru saja, tapi dapat lebih pertingkatkan diri dalam berkomunikasi dengan orang ramai dan secara tak langsung dapat mengisi masa yang tak tau nak buat apa kannn :)
tamat praktikal 20 Julai 2012 memang sedih. Tapi 25 Julai 2012 tamat belajar lepas habis VIVA. Mula SIr buat kejutan dengan mengatakan kami gagal. Tapi last sekali dia pun bgtau benda yang betul. Ya Allah.. rasa lega sangat :)








Inilah rakan-rakan saya yang sesama praktikal :)